Thursday, May 26, 2011

Percutian : Bukit Merah Laketown Resort (25-26 Mei 2011)


Tropicana Homestay




 Eco Park
Binturong

Kura-kura


Buaya Tembaga

Iguana



Sepanjang 2 hari 1 malam kami di Bukit Merah, macam hal berlaku. Ada baik dan buruk. Kami bergerak dari Ipoh (Medan Kit) dengan menaiki bas (Kumpulan Bas Perak) pada jam 8.30 pagi. Sampai di Stesen bas Kemunting pada jam 10.30 pagi kerana bas akan berhenti singgah di stesen bas Taiping dahulu. Setelah sampai kami makan dan meneruskan perjalanan dengan menaiki teksi kerana jika menaiki bas, perjalanan anda dari simpang ke homestay agak jauh. 

Kami sampai di homestay Tropicana Apartment dalam jam 12.00 tengah hari. Check-in jam 12.30 tengah hari. Setelah check-in, kami berehat dan solat dan bersiap untuk ke Water Park. Memandangkan apartment berada di pagar masuk ke kawasan perumahan dan hotel, maka jarak dari apartment kami ke resort lebih kurang 3-4 km.

Kenderaan tak disediakan dan kami jalan kaki sampai nak tercabut kaki. Dari segi makanan, terpulang pada masing-masing sama ada nak masak sendiri atau tidak kerana jika di homestay Tropicana, ianya dekat dengan kedai runcit dan kedai makan. Di homestay yang kami sewa lengkap dengan peralatan memasak.

Keesokan hari, kami meneruskan aktiviti kami dengan melawat Eco Park dan Pulau Orang Utan. Pulau Orang Utan ada 2 pulau. Namun hanya 1 pulau sahaja yang pengunjung dapat mendarat untuk melawat. Pulau yang lagi 1 dikenali sebagai Pulau BJ dimana Orang Utan yang dah matang akan dibebaskan di situ untuk membiasakannya dengan habitat hutan sebelum dibawa ke Sarawak. pulau Orang Utan ini hanyalah pusat pemuliharaan orang utan. Di jetinya terdapat klinik. Kawasan lawatan tak luas. Hanya boleh lihat orang utan dari jauh sahaja. Namun kita mampu tertawa dengan gelagat mereka. Ada yang bergusti, buat gaya comel, gaya macho dan macam-macam lagi termasuk posing maut...hahahaha

Selepas itu kami bergerak ke Eco Park. Di Eco Park terdapat pelbagai jenis haiwan dengan alam semulajadi yang indah. Di sini kawasan jelajahan luas dan boleh beri makan kepada haiwan yang ada. Aku enjoy sepanjang trip ni.

Namun pesanan aku, jika menyewa homestay atau hotel dikawasan tu berhati-hati. Kawasan nak kata keras boleh tahan kerasnya. Semasa perjalanan pulang kami dari resort ke homestay pada hari pertama, waktu tu lebeh kurang Maghrib nak masuk Maghrib, ada seorang sahabat terdegar suara jeritan perempuan dari jarak dekat namun bila dicari tiada. Sebelum bergerak ketua kami sendiri dah memberi ingatan. Kami bergerak dalam kumpulan. Lelaki ada jaga bahagian hadapan dan akau serta beberapa lagi kat belakang. Mujur sekali je sakatan makhluk itu. Malam pula jangan merayau keluar. Makhluk itu pasti akan ikut anda. Ini terjadi kepada kami setelah kami keluar ambil angin pada jam 12 malam. Semasa kami nak pulang semula ke apartment, kebanyakkan terasa seakan-akan ada sesuatu memandang dan ikut. Sehingga malam itu ada beberapa usikan nakal namun tak teruk. Cuma bunyi. Alhamdulillah tiada apa-apa yang teruk terjadi. Namun dalam kes-kes yang disebutkan aku tak terkena atau rasa apa-apa tapi masa tu aku dalam mode berhati-hati dan bersedia.

Bajet :
Tiket bas (Kumpulan Bas Perak) : RM 8.40 (satu hala ke Kemunting)
Tambang Teksi : RM 25 ( Kemunting ke Bukit Merah)
                              RM 30 (dari Bukit Merah ke Kemunting)
Makanan : tertakluk pada kehendak masing-masing
Bajet kami overall : RM120/person.


Pesanan lagi, jangan makan di dalam resort, ada restoran mahal dan food court yang makanannya tak sedap. Jualan cenderahati berpatutan.

(^_^)



2 comments:

hana_aniz said...

bape semua skali perbelanjaan ko ke sana? termasuk la penginapan, makanan n segala aktiviti dlm bukit merah. please. aku nk tahu

GataKiriBa said...

penginapan tengok pada tempat... ang bley survey dekat mudah.com.my.....
Macam aku, kami dok homestay Tropicana Apartment 2hari 1 malam RM 220...
Makan sama ada nak makan kedai atau beli dekat kedai runcit berdekatan dan masak sendiri... kemudahan disediakan....

makanan dlm resort mahal... tp ade la souvenier murah...hehe

kt resort pulak kalo amek pakej 3 tempat ( Water park, Eco park & Orang Utan Island) RM 66

So aku & geng dlm 15 org, bajet RM120 tak termasuk tambang teksi.... Tmbg teksi dari kemunting RM25 tp kalo nk blk dr resort ke kemunting RM30....

Post a Comment