Tuesday, November 22, 2016

Lela Archery (Ipoh)

Assalammualaikum...

Hari ni ada masa terluang sikit nak cerita pasal aktiviti memanah.

Bagi warga Ipoh dan kawasan yang berdekatan, jika berminat ingin mengadakan aktiviti memanah sama ada untuk event, untuk aktiviti anak-anak tadika atau pun personal coaching, boleh menghubungi Lela Archery yang berpangkalan di Bandar Seri Botani, Ipoh di https://www.facebook.com/lelaarchery/  atau terus hubungi pemilik sama ada call/sms/whatsapp di talian 019-558 8707 (En. Shakirin).  

Tuan-puan boleh lihat aktiviti yang telah dijalankan di laman Facebook seperti pautan di atas. 
Beberapa siri personal coaching telah pun dijalankan bagi yang berkehendak di Eco Park Bandar Seri Botani.
Pelanggan boleh memilih sama ada mahu belajar Traditional Archery ataupun Modern Recurve.


Selain itu, Lela Archery mengadakan latihan memanah untuk anak-anak tadika setiap hari Jumaat di 3 buah tadika Dzul Iman.
Cawangan Tronoh, Puncak Iskandar dan Iskandar Perdana. Alhamdulillah sudah setahun dijalankan. Para guru dan ibubapa
sangat gembira dengan perubahan anak-anak mereka setelah mengikuti latihan ini. Walaupun pada mulanya anak-anak tak mampu 
nak tarik panah versi kanak-kanak sekali pun (10 pound), sekarang bila diberi panah yang lagi kuat mereka boleh tarik.


Ini adalah sunnah Rasullullah yang patut diamalkan setiap umat Islam. Memanah bukan sekadar alat. Memanah banyak membantu
memperbaiki diri. Antara kebaikan yang ketara adalah FOKUS. Kanak-kanak 4-6 tahun sudah mampu fokus dengan lebih baik bukan sahaja
dalam memanah tetapi juga dalam pembelajaran akademik.

Banyak lagi kebaikan memanah sebenarnya. Boleh research di Google mahupun video-video di youtube.

Dalam setiap aktiviti memanah, aspek keselamatan amat dititikberatkan. Bagi kanak-kanak, diberi guna anak panah tumpul tapi masih dengan
pengawasan jurulatih. Bagi setiap lapisan umur, jurulatih bertugas akan memantau peserta agar tidak ada insiden tidak diingini berlaku. Alhamdulillah
setakat ini tiada kecederaan atau kerosakan harta awam berlaku.

p/s: Kini Lela Archery juga ada membuat Turkish Traditional Bow dengan harga berpatutan. Bagi yang berminat nak anjurkan pembuatan 
       Turkish Traditional Bow juga boleh berunding dengan pemilik.


Sesungguhnya kekuatan itu ada pada memanah

Friday, October 7, 2016

Silat Koboi???

Assalammualaikum.
Kali ni terasa ingin mengulas mengenai artikel yang bertebaran di laman social mengenai silat. Ada satu artikel yang menceritakan bahawa, sudah bertahun belajar silat namun apabila berada dalam situasi sebenar, jadi ‘koboi’. Hilang semua kemahiran silat yang dipelajari.

Namun bagi aku sebenarnya ini adalah salah faham. Kenapa aku kata salah faham? Sebab aku dulu pun pernah berada dalam situasi sebegitu. Perlu difahamkan bahawa pembelajaran silat pada zaman sekarang telah banyak berubah berbanding zaman dulu. Sekarang ni silat telah pun mempunyai sistem pelajaran yang tersusun. Maka tidak hairan jika kemahiran yang dipelajari hanya mampu berlatih di dalam gelanggang dan persembahan.

Untuk memantapkan kemahiran ini, pesilat perlu berlatih luar dari bentuk silibus perguruan. Maksudnya, pergerakan tersebut mestilah tidak lari dari silibus. Contoh, jika dalam silibus kaedah tumbuk lurus hanya dalam tapak (tanpa melangkah), maka untuk latihan kemantapan kemahiran, latih dengan melangkah pula seterusnya 4 penjuru dan sebagainya. Baru lah kemahiran makin mantap bukan sekadar mantap silibus.

Selain daripada itu, menuntut ilmu dari pelbagai perguruan juga mampu membuka minda disamping menambah ilmu tentang kaedah-kaedah persilatan lain. Cuba juga kupas setiap pelajaran supaya diri makin faham dengan kaedah tersebut. Setiap satu kaedah boleh dipecah kepada lebih banyak kaedah. InsyaAllah dengan cara ini, pesilat mampu menguasai ilmu persilatan dengan lebih baik.

--------------------------------------------------------------------

Belajar silat ni mestilah dilengkapkan juga dengan ilmu agama. Baru lah lengkap. Belajar silat ni bukan untuk bergaduh tak tentu pasal. Belajar buat bekalan untuk mempertahankan diri, keluarga, agama dan negara. Bila lengkap dengan ilmu agama, seseorang pesilat itu akan tenang menghadapi cabaran mendatang.

Wallahualam.


Friday, February 19, 2016

Taajul Khalifah Enterprise (Tanjak, Tengkolok, Bengkung)

Assalammualaikum...

Kali ini saya nak memperkenalkan perniagaan saya dalam bidang pembuatan seni tanjak Melayu. Saya menerima tempahan untuk membuat tanjak, tengkolok dan bengkung seperti mana yang biasa pengantin selalu pakai. Tetapi, pakaian begini sebenarnya boleh dipakai di mana-mana majlis hatta berjalan ke shopping mall.

Kebiasaannya, penempah yang pernah menempah dengan kami memakainya untuk majlis-majlis perguruan silat, memanah tradisional dan juga majlis-majlis lain.

Sekali-sekala kami akan mengadakan promosi dengan harga yang rendah dari harga asal. Kami juga ada menerima tempahan tengkolok & bengkung untuk kegunaan latihan silat.

Untuk maklumat lanjut sila  KLIK

Monday, December 21, 2015

Persembahan Silat di Majlis Perkahwian Dan Lain-lain Majlis

Assalammualaikum...

Setelah viral di laman sosial mengenai tragedi berkaitan silat baru-baru ini, maka terdetik untuk berkongsi sedikit pembacaan dan pengalaman teman dalam arena persilatan ini. Teman tak mahu mengulas tentang tragedi tersebut.


"Bezakan antara 'demontrasi' dengan 'persembahan' ketika kenduri kawin. Demontrasi untuk kita tarik minat orang, persembahan lebih-lebih lagi di kenduri kawin untuk meriahkan majlis. Banyak beza dan cara nya tu. Kalau tak tau, belajar la caranya."
-Guru PSSPGM-


Seperti kata di atas, benarlah apa yang diperkatakan. Status tersebut dimuatnaik beberapa hari sebelum tragedi mengeparkan tersebut. 

Persembahan di majlis perkahwinan sebenarnya ada adabnya sebab kita sedang berada di hadapan raja sehari. Kita perlu hormat pengantin seperti mana kita di hadapan raja sebenar. Persembahan di hadapan pengantin hanyalah tari silat dan silat pulut. Tidak ada sebarang senjata dibenarkan, tidak ada tendangan dibenarkan. Silat pulut walau nampak bosan tapi kalau kena caranya ia mampu mencapai standard MAHARAJA LAWAK MEGA. Namun tak dinafikan kadangkala persembahan silat di majlis perkahwinan ini mengikut kehendak tuan rumah itu sendiri. Kebanyakannya mahu aksi-aksi ganas, ada yang minta permainan senjata dipertontonkan. Itu atas kehendak tuan rumah yang kebiasaannya terdiri daripada ahli persilatan sendiri. Itu tak menjadi masalah jika sudah dipersetujui.

Persembahan silat di lain-lain majlis pula, bebas dari segi pengisian persembahan. Namun biar kena dengan majlis juga dan ruang yang disediakan. Jika mahu aksi-aksi yang tangkas, pastikan aspek keselamatan dijaga.

Saya kongsikan antara aspek-aspek keselamatan yang perlu dalam setiap demonstrasi silat & seni beladiri:

  • Semasa latihan persediaan, pastikan tahap kemantapan pesilat-pesilat. Hanya yang sudah betul-betul mantap dan mahir diberi bermain senjata. Perhatikan juga aspek mental pesilat sebelum persembahan rasmi diadakan. Batalkan jika terdapat sebarang masalah pada aspek mental atau fizikal.
  • Pastikan senjata dalam keadaan selamat digunakan.
  • Semasa persembahan, pastikan ada 'imam gelanggang' atau penjaga persembahan supaya persembahan terjaga rapi. Jika terdapat adegan yang membahayakan, penjaga persembahan boleh menghentikan pesilat daripada meneruskan persembahan. Seeloknya jika terdapat permainan senjata, mesti perlukan dua atau lebih penjaga persembahan.
Itu lah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Dibawah ini saya lampirkan status FB seorang guru silat aliran silat pulut.

    


Ini pula jika ada yang berminat nak dapatkan pakaian tradisional Melayu ( baju Melayu & seluar tradisi). Membeli sambil menderma untuk pesilat yang meninggal dunia di Labuan baru-baru ini...

 


Friday, June 26, 2015

Sembang - Sembang : One Silat Championship

Assalamualaikum...

Baru sebentar tadi aku tonton secara detail pertandingan One Silat di Astro Arena 801... Aku tengok fighter dah tak macam silat... Dah macam MMA... Dari segi penggunaan teknik yang di gunakan sama saja dengan UFC... Baik depa masuk UFC je kan... Satu lagi dari segi pemakaian, tak melambangkan silat langsung... Walaupun tutup badan membezakan pertandingan ni dengan UFC, tapi pakaian nya ketat...

2 match yang aku tengok tadi walau bagaimanapun menunjukkan perbezaan pertandingan ini dengan UFC... Jika UFC fight sampai salah seorang menyerah kalah, One Silat pula menetapkan masa minimum sesuatu kuncian dilakukan... sekiranya mencapai jangka masa tersebut, pesilat akan di isytihar menang secara automatik... Dan juga sebelum sesuatu match bermula, setiap pesilat perlu mempersembahkan 8 pola sembah...

Cuma harapan aku, pihak penganjur perlu melakukan penambahbaikan dalam championship ni... Aku tak menentang kerana ada sudut positif nya... Antara penambahbaikan utama ialah


  1. Pemakaian : Biarlah pakaian yang longgar. Seeloknya pakai baju silat lagi baik. Atau pakaian yang menggunakan fabrik seperti uniform silat.
  2. Teknik : Gaya menanti (sikap pasang) biarlah ada unsur silat. 

Championship ini harus diperluaskan di seluruh pelusuk negara dengan mengadakan kejohanan peringkat kecil sehingga besar tanpa perlu hilangnya identiti silat itu sendiri... InsyaAllah di masa akan datang ianya akan menjadi kegilaan golongan muda dalam menguji keupayaan mereka..


Wednesday, May 27, 2015

Keputusan Pertandingan Silat Seni Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2015



Seni Tari Solo: -
Putera Sekolah Rendah :
3-manjung
2-kinta selatan
1-larut matang selama

Putera Sekolah Menengah:
3-hilir perak
2-larut matang selama
1-kinta selatan

Puteri Sekolah Rendah:
3-kerian
2-perak tengah
1-larut matang selama

Puteri Sekolah Menengah:
3-perak tengah
2-larut matang selama
1-manjung

Seni Jurus Silat (Masal):-
Putera Sekolah Rendah :
3-kerian
2-manjung
1-larut matang selama

Putera Sekolah Menengah:
3-manjung
2-kerian
1-larut matang selama

Puteri Sekolah Rendah:
3-kinta selatan
2-kerian
1-manjung

Puteri Sekolah Menengah:
3-kerian
2-manjung
1-larut matang selama

Seni Tempur:-
Putera Sekolah Rendah :
3-larut matang selama
2-kerian
1-manjung

Putera Sekolah Menengah:
3-kinta utara
2-manjung
1-larut matang selama

Puteri Sekolah Rendah:
3-kinta utara
2-kerian
1-larut matang selama

Puteri Sekolah Menengah:
3-kinta selatan
2-larut matang selama
1-manjung

Silat Seni Asli (Pulut):-
Putera Sekolah Menengah:
3-batang padang
2-larut matang selama
1-manjung



Muzik:-
Gendang Silat Seni Asli KPM:
3-larut matang selama
2-manjung
1-kinta utara

Muzik Silat Tempatan:
3-manjung
2-kinta utara
1-larut matang selama

Juara keseluruhan
Sk                - larut matang selama
Smk            - larut matang selama
Kontingen - larut matang selama

Monday, April 27, 2015

Keputusan Pertandingan Silat Seni Daerah Kinta Utara 2015

Keputusan Pertandingan Silat Seni Daerah Kinta Utara 2015 
Tarikh : 22 April 2015
Tempat : SM Izzudin Shah (Ipoh)

Solo (P) : 
1. SMK Raja Perempuan (RPS)
2. SMK Pasir Puteh
3. SM Taayah

Solo (L) : 
1. SM Izzudin Shah (SIS)
2. SMK Rapat Setia
3. SMK Tasek Damai

Masal (P) : 
1. SMK Raja Chulan
2. SM Taayah
3. SMK Pasir Puteh 

Masal (L) : 
1. SM Izzudin Shah (SIS)
2. SMK Dato' Ahmad Said
3. SMK Tasek Damai 

Tempur (P) : 
1. SM Taayah
2. SMK Raja Perempuan (RPS) 
3. SMK Gunung Rapat

Tempur (L) : 
1. SMK Rapat Setia
2. SMK Gunung Rapat
3. SMK Methodist (ACS)

Pulut : 
1. SM Izzudin Shah (SIS)
2. SMK St. Michael
3. SMK Dato' Ahmad Said


Sekolah rendah hanya ada 1 penyertaan bagi setiap kategori iaitu SK Rapat Setia walaupun dalam rekod ada 2 sekolah rendah, namun tarik diri saat akhir...

Penyertaan bagi daerah Kinta Utara tahun 2015 menurun hampir 50% drpd tahun 2014...

Monday, April 6, 2015

Kejohanan Silat MRSM Se-Malaysia, 2015

Assalammualaikum....

14 Mac 2015 yang lepas aku bersama dua rakan ke MRSM Pasir Salak untuk menyaksikan Kejohanan Silat Seni MRSM Se-Malaysia 2015... Kedatangan kami sekadar untuk melihat kejohanan dan melawat guru-guru aku yang menjadi juri dalam kejohanan ni.... 


Namun tak disangka dapat ketemu cikgu homeroom aku masa di MRSM Balik Pulau, cikgu Siti Khalijah a.k.a. CT Kelly... Sekarang cikgu dah pindah ke MRSM Transkrian. Beliau menjadi guru pengiring untuk team silat MRSM Transkrian... Alhamdulillah setelah 7 tahun, dari aku kurus sampai le berisi ni... Cikgu tetap maintain, tak berubah dari banyak aspek... Sempat sembang kejap aje... Maklum la dia jugak sibuk dengan team, aku biasa la ada aje orang yang kenal nak kena tegur... Cuma Ust Mursyid aje tak sempat nak tegur... Dia balik awal plak sebab tak handle team tahun ni...


Friday, January 9, 2015

Pengalaman pertama temuduga sektor kerajaan

Alhamdulillah...

Selesai sudah pengalaman pertama melalui temuduga kerajaan. Sebelum tu memang amat-amat gementar. Bila dah masuk ujian fizikal, rasa rileks je. Mungkin sebab penguji sporting kot dari segi komunikasi depa.

Alhamdulillah, lulus ujian fizikal. Nervous pulak esoknya temuduga di pejabat KPDNKK. Tapi alhamdulillah walaupun not well prepared, aku berjaya hadap dengan tenang. Terima Kasih pada panel temuduga yang tak serius. Masih boleh ketawa semasa berinteraksi.

Kalau ada rezeki, memang minat sangat denga jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27. Pengambilan kali ni katanya khas untuk GST. Rupanya KPDNKK pun terlibat dengan penguatkuasaan GST, bukan hanya pihak kastam saja.

Boleh lihat perkongsian temuduga DISINI.

Perkongsian : Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Assalammualaikum....

Kali ni nak cerita mengenai temuduga jawatan dalam kerajaan. Dalam kes saya yang pertama kali ni, agensi yang menawarkan jawatan kosong adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Jawatan yang ditawarkan adalah Penolong Pegawai Penguatkuasa N27.

Untuk pengetahuan, segala jawatan yang melibatkan penguatkuasaan, akan dijalankan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecerdasan sebelum layak ditemuduga. Ujian fizikal adalah berbeza sedikit mengikut agensi. Untuk KPDNKK :



Pastikan anda makan secukupnya. Saya sarankan sediakan air mineral yang cukup dan makan nasi di awal pagi. Lepas tu boleh standby roti je. Pemeriksaan ini amat detail, kalau gagal 1 ujian, anda terus gagal dan boleh balik rumah. Semestinya anda tak layak untuk menghadiri temuduga.

Untuk temuduga pula, anda memang kena betul-betul sedia dengan maklumat-maklumat mengenai apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan secara am nya. Tak semestinya hanya yang berkaitan agensi yang tawarkan jawatan kosong.

Contoh:
  • Apa itu Strategi Lautan Biru (Malaysia Blue Ocean Strategy) 
  • Apa itu INTEGRITI
  • NKRA
  • Wawasan 2020
Bagi saya, kalau tak tahu atau tak ingat jujur saja. Jangan nak kelentong. Kalau soalan yang melibatkan KBKK takpe kalau nak 'goreng'. Kadang-kadang soalan berkaitan agama pun dia tanya contoh macam Rukun Iman dan Rukun Islam (bagi yang beragama Islam).

Jadi jangan ambil remeh. Sila patuhi segala yang perlu seperti yang tercatat dalam surat panggilan (Slip yang di pos / emel / cetak dari web). Hadapi temuduga dengan tenang  :)



Monday, December 29, 2014

Thursday, December 25, 2014

Resepi Megi Kari Kaww

Resepi Megi Kari Kaww

Bahan-bahan:
  • Maggi Kari Big / biasa
  • Sos cili
  • Cili api
  • Cendawan tiram
  • Ayam (dapatkan juga tulang ayam)



Cara penyediaan :
  1. Rebuskan tulang ayam untuk dapatkan stok ayam.
  2.  Setelah Nampak berminyak, masukkan perisa maggi kari dan cili api (ikut selera). Jika buat dalam kuantiti yang banyak pastikan kuantiti tulang ayam juga banyak.
  3. Setelah kacau sehingga kari sebati dengan stok ayam, masukkan isi ayam.
  4. Tambahkan 2-3 sudu sos cili (sukatan 1 paket megi) untuk pekatkan kuat. Jangan terlampau banyak nanti rasa sos akan menguasai kari.
  5. Selepas 2 minit masukkan pula cendawan. Tunggu sehingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan mee maggi.
  7. Hidang… Tambah lagi hirisan cili api kalau nak lagi super pedas…  :D

Saturday, December 13, 2014

Renew cek MARA yang expired & tukar dari elaun cek ke bank-in elaun MARA

Assalammualaikum...

Panjang pulak tajuk nye ye...hehe
Dah tak tau nak tulis macam mana dah...

Ok, kali ni nak kongsi sikit untuk yang mendapat pinjaman pelajaran MARA... Baru-baru ni aku sibuk dengan internship jadi tak dapat nak ke KL (student KLMU) memandangkan praktikal kat Ipoh. Jadi aku biarkan aja lah. Baru-baru ni kolej call minta datang ambil juga cek semua. So ada la 4 cek. dari bulan 8 sampai 11. Memandangkan cek MARA hanya valid untuk 3 bulan sahaja, maka kena naik pejabat MARA tingkat 14 di Menara MARA di KL. Alhamdulillah boleh saja renew cek. Kene isi borang yang diberikan. Pastu serahkan sekali dengan cek yang expired tu. So, proses dalam 2 minggu. Dalam borang tu ada nyatakan sama ada nak ambil sendiri atau pos ke rumah. Boleh mintak nombor telefon untuk mereka untuk call depa setelah 2 minggu nanti.

Untuk yang asyik dapat cek aje tiap2 bulan padahal sepatutnya masuk terus ke akaun macam kawan2 lain, boleh pergi naik ke tingkat 14 tersebut, bawa sekali penyata akaun bank yang digunakan untuk tujuan ni. Pastikan penyata akaun ada tercatat nama anda, no akaun dan alamat. Sekeping aje. Pihak kolej cakap kena print penyata, ingatkan dia nak tengok rekod kemasukan cek sebelum ni. So dah membazir jugak la. Dah la CIMB caj RM1 untuk sekeping.


So itu aje nak kongsi... :)

Taklimat Busana Tradisional Melayu (KMPk) & Ujian Bengkung PSSGM UPSI

Taklimat Busana Tradisional Melayu (KMPk) 

Alhamdulillah, walaupun tak seberapa lancar perancangannya, namun segala nya OK. Setelah mendapat permintaan daripada cikgu Shakirin, aku pun bersetuju untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ada ini mengenai asas busana Melayu. Aku bukan lah hebat atau pandai mana pun, sekadar yang ada sahaja. Cukup bagi mereka yang tak kenal atau tak berapa kenal sahaja. Aku sebagai alumni dan penggerak alumni silat Melayu Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) amat berharap program ni akan diadakan selalu. Program ni diadakan sempena Kursus Memanah Tradisional yang menjemput Tuan Anuar iaitu pemanah tradisional dari Taiping yang bernaung dibawah Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA).

Agak gugup juga bila aku sorang nak ajar 100 lebih peserta kursus ni. Pakar pun memerlukan hampir 5 org untuk handle sebanyak ni. Aku pun dapat tau last minute. Kalau tau awal maybe aku cari cara yang sesuai untuk handle. Mungkin boleh minta tolong Ain untuk bantu peserta perempuan.




Ujian Bengkung PSSGM UPSI (sempena Karnival Kokurikulum UPSI)

Walaupun aku tak dapat sertai ujian kali ni atas sebab masih tak dapat nak ingat pentas 5, Jadi aku membantu penguji-penguji untuk pengurusan pesilat dari segi buka gelanggang dan sebagainya. Aku mengharapkan tahun 2015 aku dapat mengambil ujian bengkung sekurang-kurangnya sekali. Target tahun ni masih tak dapat nak ditunaikan. Harap tahun depan dapat menghabiskan silibus pisau. Kalau dapat tahun depan nak naik bengkung kuning kosong yakni kena ambil 2 kali ujian bengkung. Jadi, kene bersedia dari sekarang.  :)


Thursday, October 30, 2014

Ilmu urut, amalan

Salam...
Lama dah tak bercerita kat sini...

Petang tadi tiba-tiba atuk cakap kat abah untuk menurunkan ilmu mengurut untuk sakit 'pasang' bagi lelaki dan sakit 'pasak pasang' bagi perempuan. Teman tak nak cerita panjang sebab cara urut sakit ni perlu menyentuh bahagian sensored.  Abah tak nak sebab tak nak pegang orang punye. Atuk cakap macam tu sebab kebelakangan ni dia mimpi arwah mak ayah dia yakni moyang teman, deme suruh perturunkan ilmu mengurut tersebut kepada anak cucu. Dalam masa terdekat atuk akan perturunkan pada waris yang ada di Batu Gajah.

Petang tadi bila semua takde kat rumah, aabah mak adik pergi pasar malam kat silibin, chik p main bola, angah tak balik dai KL lagi, jadi atuk perturunkan ilmu ni kat aku sebab aku ada belajar silat dan amat sesuai sangat belajar ilmu mengurut.

Dalam masa yang sama ada ayat amalan yang diambil dari Al-Quran yang diperturunkan bersesuaian dengan keperluan aku dengan silat.

Antara cerita lain yang aku dapat tahu dari mulut atuk dan abah, rupa-rupanya deme pernah bersilat suatu ketika dahulu. Guru tersebut dipanggil Pak Ri. Silat apa tak tau lah. Tapi guru tersebut ada menurunkan ayat amalan untuk melindung diri daripada orang yang nak test kita.

Abah juga ada mengamalkan ayat penderas. Kesan ayat ni amat bahaya. Pada zaman muda abah, abah pernah panjat pokok dan tak semena dahan patah. Ada juga satu peristia abah marah pada adiknya sebab kacau arah opah buat kuih loyang, abah baling dengan senduk, berdarah kaki adik dia. Sewaktu dalam tentera, abah ada masuk pertandingan tinju.  Tapi masa ni abah dah lupa ayat tu, jadi kalah di pusingan akhir dengan India. Naib johan je. Sebelum kawin, abah dah buang amalan ni sebab bahaya. Mungkin dia fikir keselamatan anak-anak nanti.

Apa yang atuk dah bagi setakat ni sudah cukup bagi aku sebab itu saja keperluan aku sekarang ni. InsyaAllah ayat tersebut akan aku kongsi dengan orang-orang terdekat aku. Atuk dah bagi panduan untuk 'baca orang' yang elok kita tolong. Bukan sembarangan orang... :)

Atuk tanya belajar silat kat mana. Teman cerita dari A-Z. Cerita juga geng2 cikgu ngajak belajar silat sendeng di Sungkai. Kata dia, keturunan kami asal sana. Bila difikirkan balik, macam nomad jugak keturunan sebelah abah. Banyak merantau. Atuk juga kata ada keturunan raja family kami... Tapi wallahualam... Kadang-kadang atuk ni kelentong aje... Setakat ni dalam family besar takde sapa yang tau susur galur family... Tak tau a kalo moyang di Batu Gajah tu tau...

Jika betul, tak hairan lah aku minat sangat dengan silat dan sanggup bergerak jauh semata-mata nak bersilat. :)

Thursday, October 23, 2014

Friday, August 22, 2014

Nukilan 22-08-2014

Assalammualaikum...

Tinggal lagi 3 minggu untuk tamat tempoh latihan industri a.k.a. praktikal. Dah tak tahan dah dengan karenah bos yang bajet pandai dalam hal programming tapi ethics sebagai programmer tu jauh tak kene dengan apa yang diajar. Itu lah bezanya antara individu yang belajar secara rasmi di IPT dalam bidang IT dengan individu yang tak belajar secara rasmi dalam bidang IT. Walaupun aku bukan lah hebat dalam bidang ni, tapi aku tau apa yang betul dan yang salah secara asas nya.

Dia belajar secara rasmi dalam bidang akaun, sepatutnya buat hal akaun. Tak boleh campur-adukkan. Serabut jadi nya. Pastu bila diterangkan konsep yang betul, dia tak nak terima. Nak menang dia jugak yang betul. Walaupun dalam surat tawaran dia menyatakan kami kene praktikal kat situ selama 6 bulan yakni sampai hujung tahun, tapi kami tahu cukup 3 bulan tempoh praktikal yang ditetapkan oleh kolej, kami nak keluar. Udah le elaun RM200 aje. Kalo jimat pun dapat tahan 2 minggu untuk makan aje.

Dah la dia menipu customers dia. Kata guna language java, padahal CLARION. Clarion ni software kuno menggunakan procedure programming. Dalam kategori Rapid Application Development (RAD). 10 tahun dulu IDE ni memang melangkaui 10 tahun ke depan, sekarang dah 10 tahun ke belakang. Konsep IDE ni sangat-sangat tak straight-foward. Banyak company yang dulu nya pakai IDE ni sudah beralih kepada language lain seperti C#, VB, Java, PHP, dll.

p/s : walaupun dah 10 tahun dalam bisnes ni, nampak gaya masih tak faham marketing & business management. kedekut nk invest untuk bisnes pun ye.

Tengok la sendiri ye >>>>> Link

*****************************************************

Hari ni masa lunch selepas solat Jumaat, aku cuba makan petai alang-alang kawan makan nasi campur dengan petai dekat GreenTown Mall (sekarang Angsana Mall) di Ipoh. Petai padi aje. Memang tak boleh masuk. Bau dan rasa kelat buat aku nak muntah. Mujur ada air soya dan pajeri nenas. Tahan la sikit.


*****************************************************

Sekian nukilan hari ini.......

Sunday, August 10, 2014

How to assemble latest smart tag device 2014

This device is sell by Touch N Go.


I will show you how to assemble this latest device that I purchase last week through their Facebook Page and I received it on Friday (8/8/2014).
Touch N Go website
Touch N Go Facebook page


  1. This are the parts of the device. Usually the device is already assemble when you buy it.
  2. First, insert the 9V battery.


     3.   Second, close the battery by insert the cover.


    4.   Then, insert the holder.


then it will look like this:



   5.   Then, insert the Touch n Go card in the card slot. If you do not have it, you can buy at outlets or you can buy it with the device.



 Push the red button properly until you heard clicking sound. 
The LCD screen will display the balance amount of the Touch n Go card inserted
and battery power for about 5 seconds. Then the screen will be blank again.
As the battery is installed and have power, the device will be working fine when you use it on Smart tag lane at highway toll plaza.

p/s: thank you to the Touch N Go customer support for give me guidance as the device didn,t have user manual.



Wednesday, July 2, 2014

Reyokiwara Enterprise


Reyokiwara Enterprise
Perkhidmatan yang ditawarkan:
  1. Pengiring pengantin
  2. persembahan silat
  3. jualan tanjak/tengkolok
  4. jualan busana Melayu tradisional 
  5. seminar (silat Melayu, beladiri, senjata tradisional Melayu, motivasi)
  6. membina laman web
  7. khidmat konsultan
https://www.facebook.com/Reyokiwara?fref=ts




Sunday, June 8, 2014

Bicara : Kes Buli di IPT?


Assalammualaikum, salam sejahtera....

Mungkin semua ingat kes buli dalam sistem pendidikan ni hanya wujud di sekolah sahaja. Memang tak dinafikan di sekolah harian biasa dan sekolah berasrama penuh masing-masing ada kes buli. Sama ada ianya kes berat atau kes kecil. Bagi sekolah asrama, biasanya guru disiplin akan menyelesaikannya tanpa perlu menghebahkan kepada umum dan kadangkala warga sekolah pun ramai tak tahu. Begitu telus pengurusan sekolah asrama. Begitu juga sekolah harian biasa. Cuma sekarang ni, para pelajar makin manja. Silap sikit, dicanang kepada umum melalui media. Dulu rotan itu sesuatu yang biasa bagi hukuman,sekarang rotan itu suatu isu yang besar. Disebabkan itu, pihak kementerian memperkenalkan konsep penyayang di sekolah. Tapi sehingga kini, masih lagi tidak berkesan. Guru-guru pula diberi tugas tambahan, bagaimana guru mahu memfokuskan pada pembelajaran dan pembangunan insaniah untuk pelajar?

Balik pada isu, di IPT juga wujud kes buli sepertimana di sekolah. Kadangkala melampau seperti printscreen diatas. Tidak ada pengawalan kah?

Mungkin ramai yang mula fikir berkali-kali sebelum berniat menyambung pelajaran di IPT. Saya cuma menyarankan agar para pelajar mempelajari seni mempertahankan diri,bukan untuktunjuk hebat atau kuat fizikal, tetapi lebih kepada pembangunan mental dan teknik dan kekuatan fizikal adalah bonus. Bukan untuk persediaan untuk bergaduh, tapi persediaan diri bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tidak semestinya mempelajari seni mempertahankan diri hanya belajar pukul dan elak, ada juga penerapan pembangunan mental dan apa yang dipelajari boleh digunakan dalam hal-hal lain selain bergaduh. Contohnya, anda dilatih kuatkan kaki dan tangan. Jadi boleh digunakan untuk bantu angkat sesuatu yang berat. 

Maaf jika ada yang tak setuju, tapi ini yang saya sendiri lalui di sekolah asrama dan IPT. Pada masa itu merupakan masa yang derita bagi diri ini. Tapi cuba kuatkan diri sahaja. Bila dah 3 tahun belajar taekwondo, sewaktu tingkatan 4, ketika dibuli saya mampu bertahan kerana tidak lah teruk dibuli. Belum sampai tahap physical contact. Habis SPM saya kuatkan lagi dengan mempelajari silat. Semakin hari, dalaman saya makin kuat ditambahkan lagi dengan pengajian ilmu agama Islam. 

Wallahualam....

Monday, June 2, 2014

Kelab Silat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) 2014/2015


Assalammualaikum....

Pendaftaran kemasukan pelajar kolej matrikulasi kini telah selesai selama seminggu. Kini pergerakkan silat di KMPk akan bermula. Jika dulu dikenali dengan PSSGM KMPk kini nama ditukar kepada Kelab Silat KMPk. Ini kerana Kelab Silat KMPk menerap konsep perkongsian ilmu dalam dunia persilatan. Guru yang mengajar merupakan pensyarah Unit Sains Komputer iaitu Encik Shakirin. Beliau pernah belajar beberapa jenis persilatan seperti Seni Gayung Fatani, Silat Seni Gayong Malaysia dan beberapa lagi.

Silat di KMPk mempunyai alumni nya yang tersendiri yang merupakan salah satu cabang Alumni KMPk. Alumni Silat KMPk mempunyai aktiviti tersendiri yang dianjurkan seperti reunion ahli-ahli lama dan ahli baru dapat bersilaturrahim dengan alumni. Berikut adalah trivia mengenai Alumni Silat KMPk :

ALUMNI SILAT KMPk

Dikendali : Hafidzul (batch 08/09)
Aktiviti yang telah dijalankan :
                                 1. Reunion 2009-2013
                                                1.1  kemantapan seni silat
                                                1.2  seminar pengenalan keris
                                                1.3  seminar pengenalan pertandingan silat di Universiti
                                                1.4  bengkel melipat tanjak dan ikat samping
                                                1.5  pendedahan senaman tua


Bagi para pelajar sesi 2014/2015 amat dialu-alukan untuk menyertai Kelab Silat KMPk. Boleh hubungi En. Shakirin (019-5588707) Pensyarah Unit Sains Komputer.


#KMPk #silat # KelabSilatKMPk #kelab #KolejMatrikulasiPerak #sesi2014/2015

Tuesday, April 22, 2014

KERABU EPAL HIJAU

KERABU EPAL HIJAU

Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
*add udang kering 1sdb,serbuk pati ayam, sos nampla n bawang besar yg dihiris
Cara:
potong bahan mengikut citarasa
gaulkan semua bahan...


Thursday, April 17, 2014

Berita Sedih & Gembira

Assalammualaikum....

Berita Sedih
Silat di Gopeng yang dibawah 2 guru aku goyah ketika ini. Pada pandangan aku. Di SK Gopeng Taman Gopeng Baru, cikgu Aziman dah terlalu sibuk dengan hal Kolej Matrikulasi Perak dan hal keluarga. Maka buat masa ni pesilat dilatih oleh pesilat dari Batu Gajah yang ada pengalaman dalam pertandingan silat sekolah. Dengar pula pesilat tersebut selepas ni akan bekerja jauh. Ada yang nak masuk tentera. So, pengganti masih dalam peringkat perbincangan diantara cikgu Aziman dan Ustaz Shahrizal (penasihat). Cikgu Aziman ada telefon aku untuk khabarkan hal ni. Nama aku antara yang naik dalam perbincangan mereka sebagai pengganti. Biarlah keputusan mereka yang buat. Aku bukan orang hebat dalam bidang ni.

Di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) juga begitu. Gelanggang ni jika mengikut pendaftaran lama di bawah PSSGM, dibawah nama cikgu Shakirin. Jadi sekarang ni apabila PSSGM dengan konfliknya, maka cikgu Shakirin pula seperti mahu meninggalkan legasi gelanggang PSSGM KMPk. Memang beliau sendiri dah tak berminat dalam PSSGM setelah konflik yang berlaku. Tapi mulai 2015, beliau mahu menerapkan Seni Silat Melayu Asli yakni konsep Gayung Fatani yang sememangnya beliau pernah belajar. Tapi tak tahu la jika dia ada pergi belajar lagi sehingga tamat. Hal ini disebut dalam status FB beliau. Walaupun sebelum ini ada mengatakan keputusan status gelanggang dibawah aku tapi sebaliknya yang berlaku. Tapi nak buat macam mana. Aku tiada hak. Biarlah. Beliau tetap guru aku. Ukhwah tetap ukhwah.





Berita Gembira
Selepas kelas pagi tadi, aku dan kawan2 pergi tanya Head of School IT untuk bertanyakan hal praktikal sem depan. Dengar berita sebelum ni praktikal dalam KL aje boleh. Tapi alhamdulillah boleh diluar KL. Maka kami memang berhajat sangat nak praktikal kat Ipoh. Ada jumpa Mr Raenu (HOS Networking), dia ada contact Carsem di jelapang & airport ipoh untuk praktikal dan juga di Langkawi ngam2 untuk 3 orang. Tawaran menarik kat Langkawi tu. Semua free termasuk makan, transport & tempat tinggal di hotel mewah. Kos perjalanan ke sana untuk melapor pun depa tanggung.  Berita yang amat mengujakan. :D

#semangatnaksiapkanfyp